Showing posts with label Pelacur. Show all posts
Showing posts with label Pelacur. Show all posts

3 Oct 2012

'KEKASIH KONTRAK' GADIS GENIT,GEBUH MUDA DAN CANTIK!!

'KEKASIH KONTRAK' GADIS GENIT,GEBUH MUDA DAN CANTIK | KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’.



Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran.


Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.


Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan.sumber

Read more…

BEGINI LAH KEHIDUPAN PELACUR DI ITALY (15 GAMBAR)

BEGINI LAH KEHIDUPAN PELACUR DI ITALY (15 GAMBAR) | Berlainan dengan kehidupan pelacur dimalaysia dimana pelacur dimalaysia sentiasa berjaga-jaga dari dicekup oleh pihak berkuasa tapi bagaimana pula kehidupan pelacur di negara italy??..kehidupan pelacur di italy juga berbeza dengan kehidupan pelacur dimalaysia dimana mereka berurusniaga dengan pelangan seperti orang malaysia jual ayam di pasar raya..lihat gambar-gambar di bawah ini....dunia-dunia!!...sumber gambar



























Read more…

26 Aug 2012

Gadis 14 tahun sudah ada rangkaian pelacuran internet



Dalam usianya yang masih 14 tahun, seorang gadis nekad membuat
perniagaan pelacuran. Dia menjadi germo dan merekrut gadis remaja
menjadii pelacur secara online. Sebelum ini dia hanya menjual dirinya
sendiri, namun berinisatif ‘melebarkan sayap’.


Si gadis yang tidak dapat disebut namanya kerana usia yang masih sangat
muda, tinggal di British Columbia, Kanada. Dia mengiklankan para gadis
tersebut di Craigslist, website dikecam kerana mempromosikan pelacuran.


Perbuatan memperdagangkan seks perempuan di bawah umur jelas tidak dapat
dibenarkan . Iklan pelacuran kini dihapuskan Craigslist, yang juga
membantu penyiasatan polis.

Read more…

8 Aug 2012

Untuk biayai majlis perkahwinannya! wanita sanggup menjadi pelacur

Pelayan pusat karaoke beri alasan ketika ditahan selepas layan pelanggan

JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.

Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempatwanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.
Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan. 

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.

Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. 

“Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka. 

“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.

“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras.

“Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polismenangani kegiatan jenayah,” katanya.

Read more…

31 Jul 2012

Kelas Latihan Jadi Pelacur Di China

Pelacur di China turut ada kelas tuisyen yang perlu mereka hadiri bagi meningkatkan kualiti dan prestasi servis mereka. Sila teruskan bacaan untuk melihat suasana kelas tuisyen tersebut. 



 


Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada model, lepasan universiti dan pelbagai latar belakang. Akibat peluang peluang pekerjaan yang terhad dan mahu hidup senang di China, mereka sanggup gadai maruah. Namun, itu bukan alasan untuk buat kerja terkutuk ini. Seorang pelanggan tetap turut memberi komen yang berbunyi, “Patutlah servis yang mereka tawarkan amat bermutu dan berprestasi tinggi macam RON97. Mereka telah dilatih secara profesional dan ketat.”

Read more…

18 Jul 2012

Hangat!! Amoi Cun 17 Tahun Ni Merupakan Pelacur Paling Laris Di Singapore!


Daripada Itali hinggalah ke Colombia dan Amerika Syarikat, isu skandal sex adalah paling popular buat masa ini. Mengejutkan pula apa yang berlaku di selatan tanahair, Singapura, negara yang membenarkan industri pelacuran itu turut bergelumang dengan skandal seks ini.

Kisah mengenai seorang gadis escort bawah berusia 17 tahun pada tahun 2010, yang menipu mengenai umurnya untuk berkhidmat di sebuah agensi pelacuran bakal mendedahkan permasalahan yang berangakai.

Ini termasuklah penglibatan beberapa pelanggan yang berjawatan utama di dalam kerajaan seperti pengetua sekolah yang terpaksa melepaskan jawatannya akibat dari perkhidmatan yang diberikan. Pengetua itu membayar $1000 untuk adakan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 17 tahun.



Berikut adalah contoh iklan yang dipaparkan oleh agensi tersebut:
Chantelle

18 yrs old, Singapore Chinese

Student and Part Time Model
1.60m tall, 48kg, Cup C.
Bubbly girl. New to escort trade.
Berikut adalah screen shot iklan dari lama web agensi tersebut sebelum di sekat oleh pihak berkuasa Singapura.



Sumber mendedahkan nama sebenar gadis tersebut adalah Step dan beliau adalah pelajar di ITE. Lelaki-lelaki yang terlibat menyangkakan mereka melakukan hubungan seks dengan wanita berusia 18 tahun, tetapi akhirnya terkantoi apabila usia sebenar gadis itu baru mencecah 17 tahun.


Sumber turut mendedahkan, 44 orang telah ditahan, termasuklah pengetua sekolah, pegawai bank, pegawai kerajaan, peguam dan ramai lagi akibat dari pembohongan yang dibuat oleh gadis ini.

Read more…

17 Jul 2012

Hatyai Malaysia - tak perlu pergi Thailand dah!!

SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.


KUALA LUMPUR - Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.
 

Read more…

6 Apr 2012

Siang jual nasi ayam,malam jual 'ayam'


KUALA LUMPUR: Siang menjalankan perniagaan nasi ayam dan malam pula menyediakan perkhidmatan ‘ayam’ kepada pelanggan mereka.

Itu taktik digunakan sebuah restoran berhampiran Jalan Inai, Bukit Bintang, di sini, yang dipercayai turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan berselindung di sebalik operasi restoran.

Difahamkan, lokasi restoran terletak di kawasan kurang strategik menyebabkan pemiliknya mengambil jalan mudah menyediakan khidmat pelacur bagi menarik pelanggan.

Kebanyakan pelacur disediakan mengikut permintaan pelanggan, malah mereka boleh membawa wanita terbabit keluar dari premis dengan kadar bayaran tertentu.

Malah, pemilik restoran itu turut menggunakan cermin gelap di seluruh bahagian restorannya bagi mengaburi pihak berkuasa.

Read more…