Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

18 Oct 2012

Model terbaru usahasama Proton dan BMW???



Gambar diatas membuktikan bahawa orang Malaysia memang kreatif.. Korang cuba tengok, Proton Saga BLM pun boleh diconvertkan jadi sebijik macam BMW beb..

Kalau sekali tengok, memang susah nak agak bahawa tu kereta Proton buatan tempatan.. Tapi bila tengok dengan lebih detail, barulah gua perasan bahawa BMW tu sebenarnya BMW palsu..

Apapun.., ubahsuai macam ni sebenarnya salah dari segi undang-undang jalanraya di negara kita beb.. Tak guna buat modifikasi cantik-cantik tapi manjang kena saman kalau ada roadblock oleh pihak penguatkuasa..

So nasihat gua, kalau rasa nak pakai BMW tu, baik beli terus je sebijik yang ori punya beb.. Yang secondhand pun tak mahal mana rasanya..

Bak kata orang tua-tua, 'biar kalah membeli, tapi menang memakai.. '


p/s: Gua tetap dengan Proton standart gua.. Walaupun kereta lama.., banyak jasanya tu beb...


Read more…

15 Sept 2012

(Video) Memandu Melalui Gelung Bulat HOT Wheels

LOS ANGELES - Seorang pelagak ngeri Hollywood, Greg Tracy dan pelumba kereta rally, Tanner Foust mencipta rekod dunia. Kedua-dua mereka mencipta rekod Guinness World Records apabila memandu kereta melalui gelung mainan setinggi 18.28 meter. - Agensi

Read more…

4 Sept 2012

Kereta Paling Rendah Di Dunia



Perry Watkins daripada UK telah menghasilkan Kereta Paling Rendah Di Dunia pada dua tahun yang lepas. Paling power pasal kereta rendah ini adalah ia menggunakan enjin jet dan mampu memecut selaju 160 km/jam. This Flatmobile was recognized by the Guinness World Records for being the lowest street legal car dengan hanya mempunyai ketinggian 48 cm. The design, engine, and overall wasn’t so bad and sangat seronok kalau ada sebiji kat rumah untuk dibawa bersiar-siar pada waktu petang.




Read more…

29 Mar 2012

Budak Tersepit Bawah Kereta

JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
 
Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.

Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
"Saya berada di dalam rmah sebelum dikejutkan dengan jeritan Ilham. Pada mulanya saya sangka dia terjatuh ketika bermain namun sebaik keluar rumah, saya terkejut melihat dia terperosok di bawah kereta.

"Saya menjerit meminta bantuan dan beberapa jiran yang diberitahu mengenai kejadian itu datang memberi bantuan," katanya.Salinda berkata, pada mulaya mereka cuba menggunakan jet tapi usaha itu gagal, lalu mereka nekad mengangkat bahagian belakang kereta sebelum menariknya keluar.



Menurutnya, sejurus petugas perubatan dari Hospital Kota Tinggi (HKT) tiba mereka memberikan Ilham bantuan pernafasan sebelum dibawa ke hspital untuk rawatan lanjut.

"Pada hari sama (kelmarin) Ilham dirujuk ke HSA dan pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami kecederaan dalam serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua," katanya yang bekerja sebagai pembantu Koperasi Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Sementara itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota penyelamat di Desaru Pulai Resort, Mohd Abdul Hakim Abu Tahir, 38, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada keluarganya.
"Saya difahamkan badan anak saya terlipat dua, namun kami bersyukur kerana hasil bantuan jiran dia berjaya diselamatkan. Terima kasih kepada semua pihak termasuk jiran dan petugas perubatan yang memberi pertolongan," katanya ketika ditemui di HSA, semalam.

Read more…