Showing posts with label K-Pop. Show all posts
Showing posts with label K-Pop. Show all posts

18 Oct 2012

Psy Reka Tarian Kanggaru Pula


SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun.

Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube.

Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan.

Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan stesen televisyen Channel 7.

Bagaimanapun, Psy tidak membuat tarian kuda.

Sebaliknya, dia membuat tarian beruang panda dan kanggaru.

"Ini (tarian itu) merupakan tarian yang baharu (buat peminat-peminat di luar negaranya) tetapi di Korea Selatan, ia merupakan rentak tarian Psy yang lain.

"Saya membuat tarian itu pada setiap masa," kata Psy.

Menurutnya, dia menghabiskan banyak masa dengan pereka tarinya untuk menghasilkan tarian tersebut.

Muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 480 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.

Sebelum ini dia pernah membuat konsert percuma di Seoul, Korea Selatan bagi menghargai sokongan para peminatnya. - Agensi

Read more…

16 Oct 2012

Bunuh diri kerana Psy curi idea tarian The Horse Riding Dance




Seorang lelaki yang membuat kontroversi kerana menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance cuba membunuh diri dengan mengambil ubat yang berlebihan. Kim Jang Hoon yang masih dirawat di hospital berkata mahu meninggalkan Korea secepat mungkin. Sebelum kejadian ini terjadi, Psy dan Kim Jang Hoon adalah kawan baik.





AKIBAT tekanan perasaan, Kim Jang Hoon cuba membunuh diri dengan mengambil ubat secara berlebihan.


Masih mendapatkan rawatan di hospital, Jang Hoon melahirkan hasrat untuk meninggalkan Korea secepat mungkin.

“Saya akan meninggalkan Korea dengan segera setelah sembuh nanti dan juga berharap agar saya boleh mencari kehidupan yang lebih tenang di luar Korea,” katanya.

Jang Hoon pernah mencetuskan kontroversi apabila menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance, kerana sebelum ini mereka bersahabat baik dan pernah mengadakan konsert bersama pada 2009.

Sebelum insiden ini berlaku, PSY pernah mengaku dia banyak belajar mengenai muzik dan tarian daripada Jang Hoon.

Read more…

14 Oct 2012

Psy Jadi Duta Produk Makanan



SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy (gambar) yang terkenal dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube menandatangani kontrak sebagai duta produk makanan keluaran syarikat Nongshim Ramyun, lapor portal berita examiner.com semalam.

Antara produk terkenal syarikat itu ialah mi Shin Ramyun Black Cup.

"Tiada selebriti lain yang mampu menikmati makanan ini seperti saya," kata Psy ketika dihubungi syarikat berkenaan.

Portal hiburan kpopstarz.com melaporkan, iklan Psy itu bakal menampilkan iklan versi bahasa Korea Selatan dan Inggeris.

Populariti Psy melonjak selepas muzik video itu dimuat naik pada Julai lalu sehingga ia ditonton lebih 400 juta kali. - Agensi

Read more…

2 Oct 2012

FAKTA MENARIK MENGENAI GANGNAM STYLE!!




Ye. Gangnam Style bukan bermakna "Pujian Untuk Yahudi" dan no. Ianya bukan video cinta Jesus seperti yang anda baca di Facebook. Ini fakta sebenar.

Read more…

12 Sept 2012

Psy Mahu Jadi Artis Korea Terhebat di AS!


LOS ANGELES: Artis rap Korea Selatan, Psy kini popular di Amerika Syarikat (AS) ekoran video muzik lagunya Gangnam Style kini melepasi 130 juta tontonan di YouTube.

Klip video lagu berkenaan mula disiarkan di laman perkongsian video tersebut pada pertengahan Julai lalu.

Pada minggu ini, Psy meneruskan usahanya untuk mendominasi dunia dengan muzik pop Korea atau K-pop apabila satu klip video pendek mengenai Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang diterbitkan di AS.

Klip video berkenaan diterbitkan oleh Scooter Braun yang merupakan pengurus kepada bintang remaja popular, Justin Bieber.

Bercakap mengenai klip video tersebut, Braun berkata, mereka merancang untuk menjadikan Psy sebagai artis Korea Selatan pertama yang mencapai kejayaan besar di AS.

"Kami keluar bersama di California selama empat hari dengan saya dan Psy kini merupakan kawan," kata Braun dalam klip video berkenaan.

"Kami bersetuju untuk mencipta sejarah bersama-sama," tambahnya.

Read more…

27 Aug 2012

Popular Di Seluruh Dunia, Gangnam Style Berjaya Mengutip RM31 Juta!!


Kami pasti ramai antara anda yang kini sedang dilanda demamGangnam Style yang turut melanda seluruh dunia. Ke mana pun anda pergi, lagu ini menjadi siulan.
Dek populariti yang di’kecapi PSY di seluruh dunia melalui Gangnam Style, selebriti pop Korea ini di’katakan telah berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini.
Majoriti pendapatan Gangnam Style adalah melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satu’nya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan kini PSY mempunyai 10 kontrak.
Selain itu, konsert beliau Summer Stand yang berlangsung pada 11 Ogos 2012 lalu berjaya membawa masuk lebih US$3 juta ke dalam poket PSY. Itu hanya satu konsert.
Penjualan lagu & album terbaru PSY yang memuatkan single Gangnam Style berjaya mengutip hampir US$800,000 dan selebihnya datang dari aktiviti seni berkaitan.

Read more…