Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

8 Jun 2013

SANTAI GADJET :: TELEFON TERKECIL 2013

Berat Phone Strap 2 WX06A hanya 32gram

Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh syarikat pengusaha elektronik dari Jepun. 


 

Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, Phone Strap 2 WX06A. Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil dan paling ringan di dunia.

Dilihat dari namanya, telefon ini adalah generasi kedua dari telefon Phone Strap. Ia memiliki dimensi yang kecil, dengan lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter. Beratnya pula sekitar 32 gram. 

 

Namun telefon ini bukanlah telefon pintar, ia hanya mempunyai fungsi asas telefon bimbit. Skrinnya hanya berukuran satu inci dan bateri yang mampu bertahan untuk masa bercakap selama dua jam dan 12 hari waktu sedia.

JOM TENGOK VIDEO PULAK . . .

Read more…

8 Aug 2012

Samsung Mengesahkan Galaxy Note 2 Akan Dilancarkan Pada 29 Ogos

Setelah pelbagai ura-ura, kini pihak Samsung dilihat mengesahkan yang mana peranti pintar mereka yang terbaru dan dinantikan ramai, Galaxy Note 2, bakal diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini, pada acara IFA 2012.
Buat masa ini, spesifikasi rasmi mengenainya masih tidak diketahui lagi. Namun, beberapa ura-ura dan laporan awal mengatakan ia akan bersaiz sekitar 5.5-inci, serta membawakan beberapa ciri-ciri baru bersama-sama dengannya. Ia juga dikatakan akan membawakan cip pemprosesan yang lebih pantas serta kamera dengan kualiti lebih baik. Berkaitan sistem operasi, ia masih tidak diketahui akan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich ataupun Android 4.1 Jelly Bean.
Sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Samsung berkenaan dengan Galaxy Note 2 ini pada penghujung bulan ini.

Read more…

1 Apr 2012

Komputer Tablet Paling Murah Di Dunia

Salam sejahtera... Syarikat teknologi British mendakwa telah membangunkan komputer tablet paling murah di dunia untuk akses internet tanpa wayar (wireless).

Dengan kos serendah USD $35 seunit, Datawind berharap untuk membekalkan ia ke pasaran berbilion pelanggan, khususnya di negara-negara mundur. Ia dijangka akan berada pada pasaran pada bulan Oktober tahun ini.

Selain itu, Datawind juga mengeluarkan versi terkini komputer tablet Aakash pada bulan ini untuk pasaran komersial yang berharga USD $50. Ia tampil dengan ciri-ciri yang lebih dari sebelumnya. Tablet Aakash menemui pengguna pertama mereka di bawah program teknologi maklumat yang ditaja oleh kerajaan India.


p/s: tak sabar nak tunggu gajet ni masuk Malaysia...

Read more…