Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

10 Apr 2012

Gambar menawan "Hot Mama" Nora Danish

Selepas menawan Malaysia dengan drama Tentang Dhia, Nora Danish akan sekali lagi beraksi bersama Adi Putra untuk filem Aku Terima Nikahnya.

Gabungan dua pelakon ini sahaja sudah cukup untuk gegarkan pawagam nanti. Tak sabar pulak rasanya nak tengok mereka berdua berganding di dalam filem ini.



Nora Danish nampak sungguh menawan sekali semasa majlis doa selamat pelancaran filem Aku Terima Nikahnya. Dengar-dengar cerita Nora Danish sudah pun mempunyai kekasih hati yang baru. 


Semoga perhubungan Nora Danish dan si dia akan berakhir ke jinjang pelamin. Nora Danish pun dah menginjak umur 30-an tahun ini.
Lagi beberapa keping gambar Nora Danish semasa majlis doa selamat filem Aku Terima Nikahnya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar MIG Online.









Read more…

1 Apr 2012

Guru Paling Cantik di Dunia

Salam sejahtera... pernah tidak para pembaca sekalian membayangkan seorang cikgu yang cantik bak bidadari mengajar kita? Di China, terdapat seorang guru yang cantik menawan telah mengajar di satu sekolah rendah di sana. Selain itu, beliau juga merupakan model sambilan semakin dikenali ramai selepas muncul di rancangan TV dan ditabalkan 'China Most Beautiful Female Teacher'.
  
Namun, sejak kebelakangan ini, beliau telah mengalami populariti yang besar di internettetapi pada masa yang sama juga pengalaman yang kritikal dan dicemuh. "Saya hanyaorang biasa, saya hanya mahu kehidupan yang normal, tidak cuba untuk mendapatkanpublisiti", kata Zhu Songhua, guru yang luar biasa yang tidak pernah memenangi anugerah untuk pengajaran teladan.





p/s: amacam para jejaka, berkenan tak dengan calon ini?? ahaha

Read more…

Gambar Gadis Sorak (Cheerleader) Universiti Tercantik Di China

Salam sejahtera... wajah gadis ini dirakam secara tidak sengaja dalam satu pertandingan sorak antara universiti di China. Mungkin kerana raut wajahnya yang cantik dan comel, mahasiswi Universiti China menjadi sensasi di internet sehingga ada yang memanggilnya sebagai Gadis Sorak Paling Cantik dan Semulajadi. Gadis ini sedang belajar di Universiti Xiamen. apa lagi, jom cuci mata...


p/s: sememangnya warga China dilahirkan dengan kulit yang cantik-cantik. hoho

Read more…

Gadis Cantik Yang Tidak Cuci Make Up Selama 2 Tahun

Salam sejahtera... Apa yang terjadi ketika seseorang mengenakan make-upnya terus menerus selama 2 tahun? Gadis dari korea ini sempat hadir di acara televisyen hingga kemudian ditangani oleh doktor.


 Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun berasal korea. "Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur," katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat," katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae-Dal-mi menghubungi sebuah program televisyen di korea dan menceritakan kisah putrinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang.

   

p/s: umat Islam diwajibkan cuci muka lima kali sehari, jangan gedik nak buat seperti ini. hehe

Read more…

30 Mar 2012

Penyanyi cantik ini tanpa sengaja mempamerkan seluar dalamnya di sebuah acara di televisyen

Penyanyi cantik Korea, Kim Greem, menjadi sebutan. Rakyat Korea ramai-ramai membicarakan insiden saat penyanyi cantik ini tanpa sengaja mempamerkan seluar dalamnya di sebuah acara di televisyen. Langsung saja peristiwa itu menjadi buah mulut.
 Seperti api, gambar-gambar yang memperlihatkan seluar dalam Greem cepat menyebar di dunia maya. Ramainya pembahasan soal insiden itu membuat pengurus Greem harus turun tangan untuk mengatasinya.


Peristiwa ini berawal ketika pada 6 Disember lalu, Greem tampil di sebuah acara televisyen. Dan saat itu, penyanyi ini mengenakan mini dress berwarna putih. Di acara itu, Greem memperlihatkan kemampuannya bermain gitar. Ia duduk di sebuah bangku dan ditemani dua wanita lainnya. Greem yang asyik bermain gitar lupa memperhatikan cara duduknya. Dan seluar dalamnya pun terlihat jelas. 

 "Ketika kami sedang memantau Greem selama show, kami melihat tampilan visual yang terlihat jelas," kata perwakilan pengurusan Greem seperti dikutip dari Allkpop.

Tentu saja pemandangan itu menjadi kontroversi keraa tayangan itu sama sekali tidak dihapus dan hanya sedikit diblur. Perwakilan dari tayangan televisyen itu tak tinggal diam. Mereka berusaha untuk membela diri. "Pemberian efek blur justru mengakibatkan kontroversi," ujarnya.

Penonton juga tak mahu ketinggalan untuk memberikan komennya. Mereka mengaku merasa tidak nyaman dengan gambar-gambar yang muncul di televisyen. "Dari sudut pandang logis, tidak masuk akal. Hal ini seharusnya sudah diedit sebelum keluar dan efek blur hanya lebih menarik perhatian," ungkap salah seorang penonton.

Read more…