Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

13 Dec 2012

Siapa Lee Min Hu, Pengadil Malaysia vs Thailand #HarimauMalaya #AFFSuzuki



Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005.

Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.



Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?


Ini database perlawanan yang pernah diadili oleh Lee Min Hu sejak 2008 hingga 16 Mac 2011. Semua perlawanan mesti ada kad. Paling teruk 8 kad kuning dilayangkan dalam perlawanan antara Busan dan Daegu FC pada 19 Julai 2008.

Tidak menghairankan bila pengadil yang sama diberikan peranan, dia memberikan kad kepada Fadhli Shas. Memang dia suka beri kad.

Bagaimana Persatuan Bolasepak Asia boleh membenarkan pengadil sebegini dihantar untuk mengadili pertandingan bolasepak di Asia Tenggara? Terlepas pandang? Sama juga kesnya bila terlepas pandang memberikan padang latihan yang tidak baik kepada Malaysia.

Sumber: http://anginperubahan.blogspot.com

Read more…

4 Dec 2012

Thailand lancar perang psikologi??



JURULATIH Thailand, Winfried Schafer melancarkan perang psikologi menjelang aksi separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.


Schafer berkata, kejayaan Thailand menjadi juara Kumpulan A selepas mengutip sembilan mata maksimum mampu memberikan kelebihan kepada pasukannya untuk menempah slot ke final.


Selain itu, beliau juga tanpa berselindung mengakui jentera serangan Harimau Malaya hanya bergantung kepada Mohd. Safee Sali semata-mata.


Meskipun mengakui Malaysia selaku juara bertahan cukup garang ketika beraksi di depan penyokong sendiri, Schafer kekal optimis untuk memburu kemenangan selesa pada pertemuan tersebut sebelum kembali membuat perhitungan di Stadium Supachalasai, Bangkok empat hari kemudian.


“Saya tahu Malaysia cukup kuat bila beraksi di depan penyokong sendiri.


“Mereka telah membuktikannya selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan B. Jadi, sudah tentu ia bukan tugas mudah buat kami untuk mengatasi mereka Ahad ini,” katanya yang dipetik daripada laman rasmi Piala Suzuki AFF 2012 semalam.



Read more…

28 Nov 2012

Harimau Malaya "Bersembunyi" Dari Media???


KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya memilih untuk 'menyembunyikan diri' selepas diaibkan Singapura semalam, apabila menjalani latihan secara tertutup di Institut Penilaian Negara (Inspen) petang Isnin.

Usaha media menjengah sesi latihan skuad Harimau Malaya gagal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka memasuki institut berkenaan dengan alasan telah menerima arahan daripada pihak atasan FAM untuk berbuat demikian.

Tindakan itu mengejutkan petugas media kerana sebelum ini, mereka tidak pernah dihalang daripada membuat liputan skuad kendalian Datuk K.Rajagobal tersebut.

Semalam, Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa arahan tersebut adalah daripada beliau sendiri. - BERNAMA

Read more…

26 Nov 2012

Ultras Malaya mengamuk , desak Rajagopal letak jawatan??


GPB dimaklumkan selepas perlawanan semalam , penyokong Harimau Malaya paling setia , Ultras Malaya membuat demontrasi aman di depan bas FAM yang membawa pemain negara & Rajagopal .

Mereka yang majoriti nya mahasiswa melahirkan rasa kecewa dengan prestasi skuad Harimau Malaya dan menuntut agar segeri bangkit di 2 baki perlawanan selepas ini .

Malah ada juga yang emosi dan menjerit agar Rajagopal segeral letak jawatan ekoran prestas hambar pasukan .



Kalau penyokong setia Ultras Malaya pun kecewa ..apatah lagi Jutaan Rakyat Malaysia .

Segera bangkit Harimau Malaya !!


Sumber: Generasi Perjuang bangsa

Read more…

14 Nov 2012

Saya Kena Bersedia Untuk Menjadi Suami! -Apek


PENJAGA GOL bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) terpaksa menyerahkan soal persiapan perkahwinannya dengan Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) Disember depan kepada pengurusnya.

Ini semua gara-gara persiapan yang lebih penting yang perlu diberikan keutamaan iaitu Piala AFF Suzuki.

Apek, 23, yang kini sedang menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan berkata, keutamaannya pada waktu ini adalah memberikan tumpuan kepada persiapan Kejuaraan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung dari 24 November hingga 22 Disember ini.

"Saya tidak mahu fikir apa-apa (tentang persiapan perkahwinan) buat masa ini. Fokus saya adalah bola (persiapan Piala AFF Suzuki). Perkara lain (perkahwinan) diuruskan pengurus saya.

"Tunggu nanti, saya akan umumkan pada sidang media. Selepas Piala AFF baru saya boleh fikir mengenai perkahwinan," katanya secara ringkas kepada mStar Online.

Penjaga gol skuad Kelantan itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran 'Koleksi Ratu by Ezuwan Ismail' di sini, baru-baru ini.

Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.

Ditanya mengenai hasrat berkahwin pada usia muda, Apek berkata, jodoh adalah ketentuan Allah.

"Urusan jodoh adalah rahsia dan ketetapan Allah. Jika sudah ditentukan saya bertemu jodoh pada usia muda takkan saya hendak lawan atau tolak takdir?

"Apa pun, saya kena bersedia untuk menjadi suami," katanya yang mengakui mula menyesuaikan diri dengan tekanan kontroversi dan buruan media.

Sementara itu, Leuniey pula berkata, sebagai pihak perempuan dia lebih selesa berdiam diri dan menyerahkan soal jawab berhubung majlis perkahwinan itu kepada Apek.

"Saya tidak boleh beri apa-apa komen. Kurang manis sebab saya perempuan, biarlah Apek umumkan pada sidang media nanti.

"Alhamdulillah persiapan ke arah itu (perkahwinan) berjalan lancar secara ringkas tetapi lengkap," katanya.

Mengenai keputusan untuk bersuamikan Apek yang baru dikenalinya, Leuniey berkata, usia dan tempoh perkenalan tidak menjadi isu kerana kematangan seseorang yang lebih utama.

"Dia (Apek) matang daripada usianya. Dia faham kesibukan saya sebagai usahawan dan tidak pernah memaksa atau mencari di mana saya berada ketika bekerja.

"Pendek kata, kepercayaan antara kami yang memberikan keyakinan untuk saya menerimanya. Lagi pun, dia seorang lelaki yang menghormati ibu bapa dan keluarga saya," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bapa Apek iaitu Che Mat Hussain berkata, pasangan itu dijangka melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Disember depan atau Januari 2013.

Read more…

4 Oct 2012

APEX HARAP HUBUNGAN KALI INI KEKAL??



SELEPAS pengakuan yang dibuat model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, mengenai hubungan dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23. Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek berharap agar hubungannya kali ini akan berakhir di jinjang pelamin.

"Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Jadi saya minta semua doakan kami supaya hubungan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin," kata Apek kepada Harian Metro.

Walaubagaimanapun, Apek menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia dan Leuniey membuat perancangan untuk bertunang atau berkahwin kerana mereka kini masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

"Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua.

"Kami tak akan rahsiakan tarikh pertunangan dan perkahwinan kami," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Apek berharap dengan penjelasan ini dia berharap tidak akan ada lagi gosip mengenai dirinya dan Leuniey kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya dalam bidang sukan.

Pasangan ini mula berkenalan selepas mereka terpilih untuk menjadi model untuk iklan minyak wangi'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Read more…

19 Sept 2012

Peter Butler Digantung Enam Bulan, Denda RM4,000!!


KUALA TERENGGANU, 17 Sept: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu.

Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan.

Beliau berkata pemain terbabit, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, mengaku keluar serta balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas.

"Mesyuarat mengambil keputusan untuk memberi amaran keras kepada kedua-dua pemain itu, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.

"Bagi kesalahan kedua (iaitu) bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee pula, Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok untuk sebulan.

"Butler melakukan kesalahan itu di tepi padang di hadapan penonton ketika perlawanan antara Terengganu dan Kedah pada 1 Sept lalu," katanya.

Ahmad Shukri berkata Mohd Sharbinee diberi amaran keras di samping denda RM1,000 kerana bertindak membaling botol ke arah Butler dalam insiden itu.

Beliau juga berkata bagi Forkey Do yang didakwa menyiku dan menendang pemain Kedah semasa bola tidak ada dalam kawalan pada perlawanan sama, jawatankuasa itu memutuskan untuk memotong 10 peratus gaji pemain Liberia tersebut selama sebulan. -BERNAMA

Read more…

12 Sept 2012

Harimau Malaya Tumpas 0-2 Kepada Vietnam.

SHAH ALAM, 11 September - Malaysia tumpas 0-2 kepada Vietnam dalam satu perlawasan persahabatan antarabangsa yang di langsungkan di Stadium Shah Alam malam tadi.



Skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan permainan bertenaga Vietnam. Malaysia tumpas 0-2.

Pasukan pelawat menguasai babak permainan dengan kerap melancarkan serangan ke kubu Malaysia. Malaysia yang kerap bertahan sekali-sekala melakukan serangan balas namun tidak mampu menembusi kubu Vietnam.

Peluang terbaik skuad 'Harimau Malaya' hadir pada minit ke-22 apabila penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan sepakan lambung tetapi sedikit tersasar melewati palang gol pasukan Vietnam.

Gol pertama pasukan Vietnam hadir pada minit ke-32 apabila penyerang, Le Cong Vinh menanduk masuk bola yang diumpan dari sebelah kiri gawang kebangsaan dan menumpaskan penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias di kanan gol.

Sejurus selepas jaringan tersebut, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal membuat dua pertukaran dengan mengeluarkan Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat dan menggantikan Azamuddin Mohd Akil serta Mahalli Jasuli.

Kemasukan dua pemain itu masih tidak mampu mengubah keputusan sehingga babak pertama berakhir.

Skuad Vietnam menambah derita pasukan negara apabila berjaya menambah gol pada minit ke-48 hasil jaringan pemain tengah Vietnam Phan Thanh Hung yang berjaya memanfaatkan hantaran silang rakan pasukannya.

Rajagopal melakukan satu lagi pertukaran dengan membawa keluar Mohamad Zakuan Adha dan memasukkan penyerang terbaik negara, Mohd Safee Mohd Sali pada pertengahan babak kedua.

Kemasukan Safee tidak dapat mengubah keputusan sehingga akhir permainan. Perlawanan berkesudahan, Malaysia tumpas kepada Vietnam 0-2

Read more…

4 Sept 2012

Gambar Mesut Ozil berhibur dengan wanita seksi



Mesut Ozil...siapa yang x kenal kan?? kaki bola mesti kenal punya....
Gambar pemain pasukan Real Madrid itu di ambil ketika beliau bercuti di Las Vegas.

Read more…

29 Jul 2012

Tahukah anda Malaysia pernah kalahkan Filipina 15 - 1



Menewaskan Filipina 15-1 - margin kemenangan terbesar yang pernah pasukan kita kecapi. tidak dapat dipastikan ini adalah dalam kejohanan apa.

Pada bulan Ogos 1962, skuad bola sepak negara kita menarik perhatian dunia dengan kemenangan yang menakjubkan, yang terukir dalam buku rekod iaitu menewaskan Filipina dengan jaringan 15-1 di Jakarta.

15 gol telah menjadi rekod kemenangan terbesar Malaysia di peringkat antarabangsa sehingga kini,dan ianya berlaku dalam masa beberapa bulan selepas skuad mendapat pingat gangsa pada tahun 1962 Sukan Asia.

Read more…

10 Jul 2012

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik!!!!

Thierry Henry

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.

Read more…