Showing posts with label Artis Indon. Show all posts
Showing posts with label Artis Indon. Show all posts

17 May 2013

SANTAI ARTIS :: HATI LUNA MAYA BELUM TERBUKA UNTUK ARIEL



KUALA LUMPUR: Selebriti popular Indonesia Luna Maya menyifatkan perhubungannya dengan bekas kekasih, Ariel (Noah) tidak lebih daripada sebagai kawan meskipun saling bekerjasama menjadi rakan kongsi dalam perniagaan fesyen di bawah jenama Hardware.

Luna, 24, berkata, hatinya masih belum terbuka untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki pun termasuklah Ariel kerana lebih selesa bergelar solo buat masa ini.

"Saya dan Ariel sekadar rakan kongsi dalam perniagaan, tidak lebih daripada itu.

"Kami pun tidak mengambil peduli tentang kisah lama yang pernah dilalui sebelum ini dan pada masa sama tidak kisah dengan apa yang akan terjadi pada masa akan datang nanti.

"Cuma apa yang saya boleh cakap sekarang ini, saya selesa solo. Biarlah masa dan takdir menentukan siapa jodoh kita. Lagipun apa-apa kemungkinan boleh berlaku," katanya.


Luna ditemui pada pelancaran filem pengarahan pertamanya berjudul Pintu Harmonika di Hotel Mandarin Oriental di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Luna dan Ariel pernah bercinta selama beberapa tahun namun hubungan itu terputus ketika Ariel masih lagi berada di penjara sebelum dibebaskan pada Julai tahun lalu.

Tidak lama kemudian, Ariel dan Luna menjadi rakan kongsi perniagaan fesyen pula memperkenalkan kasut jenama ARL by Hardware dan LM by Hardware.

Mengenai filem Pintu Harmonika, ia merupakan percubaan pertama Luna mengarahkan filem tersebut bersama-sama dengan dua pengarah lain iaitu Sigi Wimala dan Ilya Sigma.

"Ia merupakan sebuah filem yang dipecahkan kepada tiga plot cerita dengan pengakhiran yang sama.

"Mujurlah ada bantuan dua pengarah yang membuatkan kerja saya sedikit senang, cuma yang sukarnya ketika menjalani pasca produksi di mana ia memerlukan penelitian yang sepenuhnya agar perjalanan cerita tidak meleret," ujarnya.

 

Pintu Harmonika yang diterbitkan oleh Malka Pictures turut dibarisi pelakon Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Barry prima, Jenny Chang, Adam Putra Pertama dan Nasya Abigail.

Menariknya filem ini akan ditayangkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First, serentak dengan tayangan di pawagam Indonesia pada 23 Mei ini.

Para pelanggan yang ingin menonton hanya perlu membayar RM15 bagi setiap tempahan dan filem tersebut akan ditayangkan dalam tempoh masa 24 jam.

Tambah Luna, sekiranya filem Pintu Harmonika mendapat respons baik daripada penonton, dia mungkin akan bekerjasama lagi dengan pihak Astro untuk tayangan filem arahan keduanya pula.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Saluran hiburan Astro, Azlin Reza Azmi berkata, ini merupakan kali pertama memasukkan filem Indonesia ke saluran Astro First dan berharap saluran tersebut akan divariasikan bukan sahaja daripada filem-filem tempatan tetapi juga luar negara.

Sumber : http://mstar.com.my

Read more…

15 May 2013

SANTAI ARTIS :: GAMBAR DEWI PERSSIK BERTEMA "EXOTIC PAPUA"

 

Dewi Perssik kembali mempamerkan keseksiannya, namun kali ini bukanlah di dalam filem tetapi catwalk bagi Jakarta Fashion & Food Festival (JFF).

Dalam majlis yang dianjurkan di Hotel Harris di Kompleks Kelapa Gading Mall, Jakarta Utara Sabtu lepas, Depe tampil dengan gaun hitam yang jarang bertemakan 'Exotic Papua' rekaan Gede Yudi. 

"Dewi Perssik mengenakan kostum yang berinsiprasikan dari burung cenderawasih yang juga merupakan ikon bagi masyarakat Papua. Rekaan lain pula diinspirasikan dari suku Asmat. Umum mengetahui suku Asmat adalah terkenal dengan hasil ukirannya yang unik. Ukiran kayu tradisional yang saya cuba wujudkan dalam rekaan kali ini," kata Gede.

Tidak hanya seksi, Depe turut tampil dengan gaya exotic dan bagi menaikkan lagi mood penonton, Depe membawa tombak, senjata yang biasa digunakan oleh kaum suku di Papua.

Read more…

16 Nov 2012

Ariel NOAH Nafi Ada Hubungan Dengan Isteri Orang!


BARU sahaja keluar dari penjara, vokalis kumpulan NOAH, Ariel kembali menjadi bualan hangat apabila dikatakan kini sedang intim dengan seorang pramugari bernama Magdalena Awuy yang sudah pun berkahwin.

Menurut laporan daripada media Indonesia, pengurus kepada Ariel, Kindy telah tampil menafikan gosip tersebut.

"Gosip itu tidak benar. Ariel berkata gosip itu satu pembohongan kerana sumbernya pun tidak jelas. Ia sama sekali tidak benar," kata Kindy.

Gosip tersebut mula tersebar setelah Ariel dan Magdalena mula berkenalan ketika kumpulan NOAH membuat konsert jelajah 5 negara. Sejak itu, pelantun "Separuh Aku" itu dikatakan sering menghabiskan masa bersama Magdalena.

Read more…

14 Oct 2012

Gambar Sebelum Rossa Mengerjakan Ibadah Haji

Tidak lama lagi Hari Raya Qurban atau Haji akan menjelma dan pastinya kita tidak sabar-sabar untuk bercuti pada hari itu. Bagi selebriti seberang yang terkenal di Malaysia, Rossa, dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengerjakan ibadah haji berkenaan. Baru-baru ini diadakan satu majlis kesyukuran di kediamannya di Jakarta untuk kepermergiannya ke Tanah Suci yang dijadualkan pada hari ini. -gambar detik.com





Read more…

17 Sept 2012

ROSSA BELUM SEDIA BERHIJAB LEPAS TUNAI HAJI


PENYANYI jelita dari Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa memberitahu dia belum bersedia untuk berhijab sebaik pulang daripada mengerjakan ibadah Haji pada Oktober hadapan. Bagaimanapun penyanyi ini mengakui dia akan lebih berhati-hati dengan pemakaiannya selepas itu.

“Memakai hijab mungkin tidak. Tetapi, saya akan lebih berhati-hati atau menjaga pemakaian. Mungkin tidak terlalu seksi. Buat masa ini saya tidak boleh komen lanjut. Paling penting, saya perlu tunaikan Haji terlebih dahulu. Sekarang ini saya sedang mempersiapkan diri dengan mempelajari Rukun Haji,” ujar Rossa yang akan bertolak ke Tanah Suci Mekah pada 12 Oktober hadapan.

Bercerita lanjut tentang ibadah tersebut, Rossa menjelaskan dia terfikir untuk mengerjakan Haji kira-kira setahun lalu iaitu ketika pulang daripada mengerjakan Umrah.

“Saya sudah berkesempatan menunaikan Umrah sebanyak tiga kali. Jadi, saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menunaikan Haji pula. Selepas pulang dari Umrah tahun lalu, saya terus mendaftarkan diri. Saya akan pergi bersama sekumpulan Jemaah yang bukan keluarga mahupun rakan-rakan. Ibu bapa saya juga tidak turut serta kerana mereka sudah mengerjakan Haji sebelum ini,” ujar Rossa yang akan bercuti kira-kira sebulan.

Sementara itu, Rossa juga diminta mengulas tentang dakwaan yang mengatakan dia kini sudah menemui calon suami dan sudah membawa jejaka tersebut berjumpa dengan pihak keluarga pada Aidilfitri lalu.

“Memang tidak dinafikan saya sekarang ini sudah punya seseorang. Dia seorang ahli perniagaan berumur dalam lingkungan 30-an dan bujang. Bagaimanapun, hubungan kami sekarang ini belum sampai ke tahap ingin mendirikan rumah tangga. Saya belum memikirkan tentang perkahwinan kerana tidak mahu terburu-buru. Lagipun, saya pernah bernikah sebelum ini.

Tentang saya bawa dia berjumpa dengan pihak keluarga itu, ia bukanlah sesuatu yang istimewa. Saya seorang yang berterus-terang dengan kedua orang tua setiap kali menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Jadi, jangan salah sangka. Tidak ada perbincangan tentang perkahwinan. Belum ada calon ayah untuk anak saya,” ujar Rossa berhati-hati menyusun kata.

Walaupun agak payah membuka mulut tentang jejaka yang bertakha di hatinya itu, ibu kepada Rizky Langit Ramadhan ini tidak keberatan memberitahu bahawa dia senang berkawan dengan jejaka itu kerana ada keserasian di antara mereka serta punya banyak persamaan.

Rossa hadir ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan album kompilasi terbarunya berjudul The Best Of Rossa. Album yang sudah dilancarkan di Indonesia pada Mac itu memuatkan 15 buah lagu kesemuanya, termasuk lima buah lagu baru iaitu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Aku Bersahaja, One Night Lover, Jangan Ada Dusta Antara Kita dan Tak Sanggup Lagi.

Read more…

9 Sept 2012

Ulama Kecam Julia Perez Buat Tatu Hina Islam!


TATU pada bahagian belakang tubuh aktres sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe) yang tertuliskan Hayya 'alal falah dalam tulisan Arab kemarahan ulama negara itu.


Menurut laporan portal Kapanlagi, beberapa para ulama menganggap pelakon filem Hantu Jamu Ngendong itu sengaja mencari sensasi dengan menghina Islam.


"Jupe sering mencari isu sensasi yang tidak sesuai dengan norma agama. Tambah pula ia tidak sesuai dijadikan bahan tontonan masyarakat yang majoritinya beragama Islam.


"Saya berharap pihak yang berkuasa melihat semula mengenai penghinaan agama yang dilakukan Jupe. Jika perlu, tahan saja dia," kata Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, Dr Saleh Partaonan Daulay kepada Kapanlagi, pada Rabu.


Tatu di bahagian belakang tubuhnya mengundang kemarahan para ulama.
Kalimat Hayya 'alal falah yang bermaksud 'mari meraih kemenangan' merupakan salah satu ayat dalam seruan azan untuk melaksanakan solat.


Tambah Saleh, tindakan Jupe itu juga boleh mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat.


"Jika hal ini dibiarkan oleh pihak berkuasa, maka masyarakat akan mula menilai aktres itu dan akan bertindak mengikut cara mereka," ujarnya.

Read more…

26 Aug 2012

Payudara Syarini dipegang lelaki???!!


Read more…

17 Aug 2012

Ariel Cipta Lagu 'DARA' Untuk Luna Maya??!!


BAGI mereka yang tidak tahu, Ariel yang juga merupakan vokalis kumpulan PeterPan ataupun sekarang lebih dikenali dengan kumpulan "Noah" telah mencipta lagu berjudul "Dara" khas untuk kekasihnya ketika itu, Luna Maya.

Ariel yang telah dibebaskan pada 23 Julai akibat dari penyebaran video pornonya sekitar tahun 2010 memberitahu selama meringkuk di dalam penjara banyak karya yang dicipta berdasarkan pengalamannya di dalam bilik besi itu.

Lagu "Dara" diinspirasikan dari rungutan kekasihnya, Luna Maya. Perkara itu dinyatakan oleh Ariel sendiri di dalam bukunya berjudul "Kisah Lainya".

Menerusi bukunya itu, Ariel memaklumkan bahawa lagu "Dara" diinspirasikan melalui ucapan Luna Maya ketika mereka berada di dalam kenderaan Kerajaan Negeri yang membawanya ke penjara ketika disabitkan kesalahan menyebarkan video porno pada bulan Jun tahun 2010 yang lalu.

Menerusi ucapan tersebut, Luna menyatakan rasa sedihnya dan bertanya kepada Ariel mengapa mereka perlalu lalui dugaan sebegitu sambil menitiskan air mata.

Pada masa itu, secara tiba-tiba perasaan Ariel menjadi geram dan marah dengan jeritan hati Luna Maya. Maka dari situ lagu "Dara" ini dicipta.

Walaupun hubungan kedua-dua pasangan ini terkandas di tengah jalan, namun Luna Maya tetap menjadi salah seorang yang banyak menyokong Ariel. Menurut Ariel, Luna telah mengajarnya cara untuk menjalani hidup yang lebih matang dan kenangan bersama Luna tidak akan Ariel lupakan.

Read more…

9 Aug 2012

Gambar Ashanty Memakai Pakaian Ketat Menampakan Tutttt


JAKARTA – Penampilan Anang dan Ashanty di Dahsyat, Minggu (8/1) kemarin menjadi bahan perbincangan di dunia maya. Pasalnya, pakaian yang dikenakan teman duet Anang Hermansyah itu dianggap terlalu seksi.

Ashanty tampil dengan baju ketat berwarna biru. Sedangkan Anang seperti biasanya, tampil dengan kemeja hitam dan celana jins. Namun, baju Ashanty itu sepertinya terlalu ketat, sehingga membuat lekukan tubuhnya terlihat jelas. Termasuk belahan paha pelantun Jodohku itu.

Alhasil, penampilan Ashanty langsung menjadi perbincangan sebuah forum internet. Kebanyakan dari mereka memuji penampilan Ashanty yang punya keseksian luar biasa. Anang Hermansyah pun disebut beruntung bisa memiliki teman duet sekaligus kekasih seperti Ashanty.

Namun, ada juga yang menyayangkan penampilan Ashanty itu. Mereka pun meminta agar wanita berdarah Arab itu lebih memerhatikan lagi kostum panggungnya. Apalagi ketika sedang tampil di televisi.(rik)

Read more…