Showing posts with label Anjing. Show all posts
Showing posts with label Anjing. Show all posts

15 Sept 2012

Zeus - Anjing Great Dean Tertinggi Di Dunia!!!!!


LONDON: Seekor anjing baka Great Dane setinggi 2.2 meter apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records semalam.

Edisi ke-57 buku rekod global berkenaan menyatakan, anjing jantan seberat 70.3 kilogram bernama Zeus dari negeri Michigan di Amerika Syarikat itu memakan 14 kilogram makanan setiap hari.

Tinggi anjing tersebut dari hujung kaki sampai ke tulang bahu mamalia tersebut adalah 1.18 meter.

Haiwan tersebut merupakan anjing tertinggi pernah direkodkan oleh Guinness Book of World Records.

Berjudul Guinness World Records 2013, buku berkenaan memberitahu, anjing itu 2.54 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini iaitu seekor baka Great Dane bernama Giant George.

"Pertanyaan biasa yang diajukan kepada kami adalah itu seekor anjing ke kuda?" kata pemilik haiwan berkenaan, Denise Doorlag. - AFP

Read more…

1 Apr 2012

Lelaki Ini Bunuh, Seret, Kelar dan Gantung Leher Anjing

Salam sejahtera... miera ada satu koleksi gambar yang menunjukkan seekor anjing telah diperlakukan dengan sangat kejam. Tidak cukup dengan membunuh, anjing itu diseret, dikelar dan kemudiannya digantung seperti kesalahan membunuh bagi manusia. Apakah kesalahan anjing itu sehingga ia diperlakukan sebegitu ataupun sekumpulan lelaki itu sudah hilang sifat kewarasannya??? Walau apapun, jom terjah gambar di bawah...

p/s: sifat kasih sayang manusia terhadap haiwan sememangnya semakin menipis sejak kebelakangan ini...

Read more…