Showing posts with label Aneh. Show all posts
Showing posts with label Aneh. Show all posts

28 May 2013

SANTAI ANEH :: TIGA SEKELUARGA TERKEJUT TELAGA KELUAR MINYAK

Anak Salbina, Zulnuraiman, 16, mengasingkan air telaga yang bercampur minyak dipercayai petrol yang dicedok dari telaga di rumah Nik Yusof.

TUMPAT - Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.

Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.

“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.

Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.


Zulnurain (kiri) bersama Zulnuraiman menunjukkan air telaga bercampur minyak.


Air telaga berbau minyak petrol

Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.

Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.

“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.

“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan memudaratkan kesihatan saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.

Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.

Dua telaga jiran Zulnurain turut terlibat

Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.

Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.

Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.


Minyak tersebut terbakar selepas dicucuh api.


Khuatir disambar api

Isteri Ahmad, Salbina Mohamad, 46, berkata, sejak dia mengetahui telaganya bercampur dengan minyak dipercayai petrol, dia tidak memasak khuatir disambar api.

“Permukaan telaga saya yang terletak di dalam rumah dipenuhi dengan minyak, saya khuatir ia disambar api ketika saya sedang memasak,” katanya.

Menurutnya, akibat meminum air telaga tersebut, suaminya Ahmad sakit, namun alhamdulillah semakin pulih selepas berhenti menggunakan air dari telaga itu.

Lapor kepada Jabatan Alam Sekitar

Salbina berkata, masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.

“Bila-bila masa sahaja kebakaran boleh berlaku, sekiranya ada puntung rokok tercampak dalam telaga ini, atau apa sahaja sumber api berada berhampiran telaga ini,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Read more…

16 Aug 2012

Aneh!! kanak-kanak perempuan ini suka makan mancis?!!!



INILAH.COM, Pemalang – Seorang kanak-kanak perempuan Tiara Handayani (2,5) warga Dusun Sirandu, Kelurahan Purwosari, Kecamatan Comal, Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah, mempunyai kebiasan aneh, suka memakan mancis api. Dalam sekali makan mampu menghabiskan satu-dua kotak mancis.

Kebiasaan aneh putri ke tiga pasangan Bejo (34) dan Sri Handayani (28) tersebut berawal saat keluarga melihat Tiara berada di dapur seorang diri dengan mulut sedang mengunyah bagian coklat yang biasa terdapat di hujung mancis, sementara batang kayu korek api berserakan di sekelingnya.

“Saat itu kami terkejut melihat Tiara makan mancisi sampai habis satu kotak, namun kami lega kerana hingga esok harinya Tiara tidak mengeluh sakit perut atau kepala pusing akibat makan bahagian kepala mancis itu,” kata Handayani, ibunda Tiara.

Handayani mengatakan, Tiara memiliki kebiasaan aneh tersebut sejak berusia sekitar satu tahun. “Untuk mencegah kebiasaan itu tidak terus berlanjut, kami sering menyembunyikan kotak mancis ke almari atau tempat aman lainnya, namun Tiara malah pergi ke rumah tetangga untuk mengambil sendiri mancis kemudian memakannya,” katanya.

Ia mengatakan, jika kotak berisi puluhan batang mancisi tidak segera disingkirkan dari dapur atau disembunyikan di tempat yang tidak terjangkau olehnya, maka dalam sekali makan Tiara dapat menghabiskan mancis sebanyak satu-dua kotak.

Orangtua Tiara mengaku sudah kehabisan akal untuk melarang putri mereka melakukan kebiasaan anehnya, namun kerana selama ini Tiara tidak pernah ada keluhan sakit setelah makan mancis, maka mereka terpaksa membiarkan gadis kecil itu tetap menikmatinya.

Selain itu, kata dia, tidak jarang Tiara juga memujuk teman-teman bermainnya untuk ikut makan mancis  namun tidak ada yang mahu, kalaupun ada yang ikut makan langsung dimuntahkan kera na rasanya tidak enak.

Sementara itu, Tiara mengaku senang makan mancis kerana gurih dan renyah seperti rasa coklat, sehingga jika makan satu kali nak satu lagi.

Read more…

10 Apr 2012

Penemuan Makhluk Aneh Di Thailand

Makhluk pelik yang menyerupai bayi berkaki kambing dan juga berekor yang dipenuhi dengan bedak telah dijumpai di Thailand oleh penduduk tempatan yang kemudiannya menyimpan makhluk tersebut disebuah rumah, mereka juga seolah-olah menyembah makhluk tersebut sebagai tanda satu penghormatan kepadanya. Makhluk ini dijaga dengan baik oleh penduduk tempatan siap dengan makanan, minuman, kipas pun ada tu ha... Apapun tak dapat dipastikan kebenarannya kerana gambar-gambar dibawah lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan.








Read more…

7 Apr 2012

Sakit Budak Ini Aneh, Kaki Membesar Perut Mengecil

GARUT- Ahmad Soleh (6), anak pasangan Ina Marlina (35) dan almarhum Idan menderita penyakit aneh. Dua kakinya membesar, namun bahagian tangan dan perut mengecil.

Kanak-kanak yang tinggal di Perum Puri Ganda Sari, Blok G, RT 03/14, Desa Mangkurakyat, Kecamatan Cilawu, Kabupaten Garut, Jawa Barat, ini merasa sakit dengan benjolan itu.

“Kalau main dia biasa saja. Tidak merasa malu kerana kakinya besar,” kata Kakak Ahmad Soleh, Uji Setiawan (18) ketika ditemui di rumahnya.

Menurut Uji, sampai ketika ini pihak keluarga tidak mengetahui pasti apa penyakit yang diderita Ahmad. Kelainan yang dialami Ahmad ini sudah terjadi sejak usianya 2 bulan.

“Kalau makan biasa saja, tapi, anehnya sari-sari makanan tidak diserap tubuh. Lengannya saja kecil seperti tulang yang hanya dibungkus kulit. Tidak ada dagingnya. Ahmad juga tidak merasa sakit,” beber Uji.

Uji menambahkan, ibunya sempat membawa Ahmad ke Hospital Hasan Sadikin (RSHS) Bandung. Namun doktor memberitahu Ahmad harus menjalani pembedahan pada usianya 2,5 tahun.

“Saya sendiri tidak tahu penyakit yang dialami Ahmad ini apakah kaki gajah atau bukan,” tuturnya.

Sewaktu bayi, jelas Uji, Ahmad juga kerap mengalami demam. Keadaan ini disusul dengan munculnya benjolan pada perut bahagian kiri.

Kerana tidak memiliki cukup wang, pihak keluarga tidak sempat membawa Ahmad ke RSHS kembali untuk menjalani pembedahan.

Biaya hidup sehari-hari saja sebenarnya tergantung dari pemberian kakak pertamanya, Yasifa Daniyati (21), yang bekerja di salah satu restoran di Kota Bandung.

“Ibu punya empat anak. Kerana ibu tidak bekerja, semua biaya keperluan ditanggung kakak perempuan,” ungkapnya seraya berharap ada bantuan dari pemerintah untuk menyembuhkan penyakit adiknya itu.

Read more…

6 Apr 2012

Cuba cari keanehan gadis ini?

Cuba anda perhatikan. Apa yang aneh  dengan gadis gadis cantik ini? . Pening memikirkannya? Sudah jumpa belum keanehannya dimana? 


Read more…

4 Apr 2012

Ikan Aneh Berkepala Transparant Seperti Cockpit Pesawat Tempur

National Geographic News merilis gambar seekor ikan yang tergolong aneh. Pada bahagian kepala ikan nampak transparant sehingga terlihat bahagian dalamnya. Sepintas kepala ikan mirip bahagian kokpit pesawat tempur.

Sebagaimana diketahui, bahagian atas kokpit pesawat tempur biasanya transparant sehingga  pilot dapat terlihat dari sisi luar pesawat.

Ikan ini ditemukan peneliti Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI), di kedalaman laut Pantai California. Ikan ini hidup pada kedalaman 200 kaki (600 meter) di bawah permukaan laut.

Dapat dikatakan ini temuan pertama spesies ikan berbentuk kubah dan transparan. Peneliti mengamati ikan bermata bulat (barreleye) menggunakan peralatan canggih yang dioperasikan dari jarak jauh (a remotely operated vehicle/ ROV)

Terlihat keunikan iaitu bola mata ikan yang seolah dapat berputar ke atas. Pupil mata yang berada di bahagian atas ini berfungsi untuk melihat mangsa yang berada di atas ikan tersebut. Sedangkan warna hijau yang terlihat dalam gambar adalah semacam lensa yang melindungi mata dari sinar matahari. Dengan begitu mata tetap fokus pada mangsanya.

“Bola mata itu tampak seperti melihat langsung ke atas,” ujar Kim Reisenbichler, peneliti MBARI.

Ikan barreleye (Macropinna microstoma) memiliki panjang 6 inchi (15 sentimeter). Sebenarnya ikan ini telah dikenal sejak tahun 1939 saat tersangkut jaring nelayan.

Mengamati foto tersebut, selayaknya kita patut mengucap Subhanallah…Maha Suci Engkau Ya Allah…yang menciptakan makhlukNya dengan sempurna.




Read more…

2 Apr 2012

Aneh...Pekerja Google Larang Anaknya Buka Google

Banyak pegawai tinggi Apple yang mendaftarkan anak mereka ke sekolah Waldorf di wilayah Los Altos, California, kerana di sana komputer tidak boleh digunakan sebelum kelas 8, penggunaannya pun sangat terbatas.

Seperti yang dilaporkan oleh New York Times, komputer tidak diperbolehkan digunakan dalam ruang kelas. Bahkan pihak melarang penggunaan komputer untuk pelajarnya di rumah.


Dari banyaknya pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut membuktikan bahwa standard yang diterapkan di sekolah Waldorf ternyata dirasa cukup baik oleh para orang tua.

"Program ini menolak anggapan bahawa teknologi sangat diperlukan pada tingkat dasar pendidikan sekolah," ujar Alan Eagle, salah satu eksekutif di Google yang mendaftarkan anaknya ke sekolah tersebut.

Entah apa yang mendasari pemikiran para pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut, mengingat latar belakang orang tuanya yang penuh dengan teknologi.


Eagle mengatakan bahawa anaknya yang duduk di kelas 5 tidak tahu cara menggunakan Google, sementara anaknya yang kelas 8 baru belajar untuk menggunakan Google.

"Di Google, kami membuat teknologi agar semudah mungkin digunakan oleh konsumen, yang mungkin hal inilah yang boleh menghambat perkembangan otak dari anak-anak; semuanya menjadi terlalu mudah," ungkap Eagle.


Sekolah Waldorf cukup berhasil dalam melakukan metode pendidikannya, banyak yang lulus dengan nilai tinggi. Banyak orang tua pun ikut memuji metode pendidikan sekolah tersebut.

Read more…