Sekolah tertua di dunia adalah di China, di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, salah satu wilayah terbesar di China. Chengdu Shishi High School adalah sekolah tertua di dunia ini, diperkenalkan pertama kali pada masa Dinasti Han pada sekitar tahun 143 – 141 sebelum Masehi.
Chengdu Shishi High School ini ditubuhkan oleh Gabernor bernama Wen Wang. Diberi nama Chengdu Shishi yang mempunyai erti “Stone House” kerana bahan pembinaan yang digunakan untuk sekolah ini daripada batu. Chengdu Shishi High School ini pernah hangus terbakar tetapi diubahsuai kembali pada Dinasti Ming tahun 194 selepas Masihi.
Kini, sekolah ini mempunyai reputasi yang sangat baik dalam prestasi secara wilayah mahupun nasional. Boleh dilihat dari sejarahnya bagaimana mereka berjaya menghantar anak didikannya untuk masuk ke kampus atau universiti pilihan. Selain itu sekolah ini juga mempunyai prestasi telah memenangi 36 anugerah di bidang sains sejak 2000. Pada tahun 2008, 2 pelajar mereka berjaya mendapatkan kedudukan 1 dan 2 dalam ujian penerimaan masuk universiti di wilayah Sichuan.
0 comments:
Post a Comment