Lego House ialah muzium Lego yang kini dalam proses pembinaan di Bilunt Denmark. Bilunt ialah bandar dimana Lego dicipta dan kini menjadi ibu pejabat Lego. Muzium ini diharap dapat menarik pelawat dari seluruh dunia yang ingin melihat sejarah penghasilan Lego. Lego House mempunyai rekaan seperti sebuah bongkah Lego gergasi dan akan menempatkan kesemua mainan Lego dari awal permulaan syarikat hinggalah sekarang. Bangunan ini direka oleh firma jurubina BIG. Ianya bakal mempunyai keluasan lantai 7600 meter persegi dan dijangka menarik 250 000 pelawat setiap tahun. Apabila dijangka siap pada tahun 2016 kelak, Lego House boleh dilawat oleh anda secara percuma.
Sumber : Inhabitat
0 comments:
Post a Comment