8 Jun 2013

SANTAI COOL :: HOTEL STESEN MINYAK DI NEW ORLEANS

Hotel-hotel yang ada di Malaysia boleh dikatakan kebanyakanya homogenus. Satu-satunya hotel yang unik yang kami tahu ialah Tubehotel di Langkawi. Di luar negara hotel bertema aneh adalah sesuatu yang biasa dan terdapat juga hotel yang diubah dibina di dalam bangunan-bangunan aneh. Hari ini mari lihat sebuah hotel yang dibina di sebuah bekas stesten minyak di New Orleans USA. 

Hotel ini asalnya adalah sebuah stesen minyak Sinclair yang dibuka pada tahun 1918. Selepas diubah suai ia menjadi hotel butik yang mempunyai keluasan lantai 2000 kaki persegi. Setiap ceruk hotel ini dipenuhi memorabilia berkait dengan automotif dan stesen minyak. Kalau mahu menyewa anda perlu membawa USD 1200 (RM 3600) seminggu.



Sumber : AutoBlog

0 comments:

Post a Comment