Seorang artis asal Belanda,Diet Wiegman, telah menghabiskan masa 50 tahununtuk menyusun potongan-potongan sampah dan besiburuk menjadi karya senipatung bayangan yang sangatindah dan terunik.
Sekilas, karya seni rancanganDiet memang mirip tumpukansampah . Awalnya, anda mungkin berfikir bahawabenar-benar tidak ada yang istimewa tentang karyatersebut.
Tetapi, begitu Dietmenyalakan projektor kecil yang selalu menyuluhkarya-karyanya, sebuah bayangan menakjubkan muncul di belakangnya. Jelas, Diet telah menghabiskan banyak waktunya dengan sabar untuk menetapkan setiap bahagian kecil dari patungnya, memastikan mereka dapat merefleksikan bayangan yang tepat ketika cahaya menyinarinya.
Dokumentasi karya Diet dilakukan oleh seorang pembuat filem yang juga berasal dari Belanda, MikeRedman. Tidak satu kata pun yang diucapkan dalam filem tersebut, namun seniman karya luar biasaini berjaya membuktikan bahawa itu sangat menakjubkan.
"Karya Diet Wiegman selalu membuat saya terpesona. Melalui seni, dia mengajak penonton untuk melihat apa yang disebut benda dengan situasi biasa dengan cara yang berbeza, yang pada akhirnya membuat mereka tampak unik," aku Mike
Diet tentu bukanlah satu-satunya seniman yang mengkhususkan diri dalam penciptaan patung cahaya yang rumit. Tetapi, dia telah melakukannya banyak hal untuk karyanya dan dianggap sebagai salahsatu pelopor dari teknik menarik tersebut.
0 comments:
Post a Comment