15 May 2013

SANTAI TEKNOLOGI :: BLACKBERRY MESSENGER (BBM) KE ANDROID DAN iOS


Penggunaan BlackBerry Messenger (BBM) akan diperluas ke peranti berasaskan Android juga peranti berasaskan sistem perisian iOS menjelang musim panas 2013 (sekitar bulan Jun hingga September).

Perubahan tersebut membolehkan pengguna smartphone BlackBerry menghantar mesej ke smartphone Android atau menerima mesej dari iPhone, iPad juga iPod Touch dengan cukup mudah serta pantas.

Hal ini membolehkan BlackBerry Messenger mendapat jumlah pengguna setia yang agak besar sebagai mana yang diperolehi WhatsApp, aplikasi berbagai platform yang boleh digunakan secara percuma.

Dengan WhatsApp, pengguna smartphone boleh menghantar mesej mengandungi teks, gambar, mp3, video, dokumen atau apa jua fail digital ke peranti mudah alih pengguna lain menggunakan talian internet. WhatsApp pula dapat di gunakan di BlackBerry, Android, iOS, Nokia Symbian dan Windows Phone.

Nampaknya ciri sebegitu bakal di adaptasi oleh BlackBerry Messenger menjadikannya medium digemari ramai untuk berhubung secara percuma.

Selam ini Blackberry Messenger hanya dapat diguna oleh di dalam smartphone BlackBerry sahaja. Ia percuma.

Pengumuman mengenai perubahan terhadap Blackberry Meseenger itu diwar-warkan ketika persidangan BlackBerry Live 2013.

Dalam acara itu, BlackBerry mendedahkan bahawa BlackBerry Messenger mempunyai 60 juta pengguna aktif setiap bulan, dalam pada itu sebanyak 10 juta mesej dihantar melalui BlackBerry Messenger pada setiap hari.

Apabila BlackBerry Messenger turut digunakan di peranti Android juga peranti iOS (iPhone, iPad, iPod Touch) jumlah tersebut bakal meningkat serta terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.

0 comments:

Post a Comment