27 May 2013

SANTAI SUKAN :: HAFIZH SYAHRIN NO 2 DI MOTORLAND ARAGON

Setelah percubaanya menrusi tiket wild card di Moto Gp Perancis baru-baru ini gagal kerana terjatuh, Hafizh tidak pernah menoleh kebelakang.



Berkat kesabaran selama beberapa tahun di CEV Sepanyol, penunggang Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua 'Campeonato de Espana de Velocidad' di Motorland Aragon, Sepanyol, pada Ahad.

Permulaan yang lancar dengan jentera pada tahap terbaik, Hafizh berjaya mengetepikan 35 pesaing pada Perlumbaan 1 untuk mencipta kemenangan sulung di tempat kedua dengan catatan masa 29 minit 27.524 saat, hanya 0.075 saat di hadapan pelumba Amerika Syarikat, Kenny Noyes di tempat ketiga (29'27.599s).


Pelumba Sepanyol, Roman Ramos menjuarai perlumbaan 15 pusingan itu dengan catatan 29'11.275s.

"Sukar untuk percaya saya akhirnya menaiki podium selepas melalui masa sukar ketika ujian masa tidak rasmi pada Jumaat dan pusingan kelayakan pada Sabtu kerana keadaan cuaca yang melampau.


"Saya berasa sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan serta penaja yang memungkinkan semua ini berlaku," kata Hafizh Syahrin dalam kenyataan, di Aragon semalam.

Hafizh yang menggunakan jentera baru, Kalex bagaimanapun gagal mengekalkan rentak kejuaraan di Pusingan ke 2 perlumbaan dengan menduduki tempat ke empat. Bagaimanapun, Tahniah buat Hafizh, semoga terus berjaya dan mengharumkan nama Malaysia.


Untuk info, dua lagi pelumba Malaysia turut berada di dalam Moto 3 CEV Sepanyol. Mereka ialah Aizat Malik dan Hafiq Azmi yang berada didalam pasukan Touch Line Sic Ajo menggunakan jentera KTM.

0 comments:

Post a Comment