13 May 2013

SANTAI SUKAN :: FERGIE BERSARA DENGAN KEMENANGAN ATAS SWANSEA

Fergie bersara dengan kemenangan atas Swansea (20 Gambar) | Rio Ferdinand menjaringkan gol kemenangan bagi Manchester United tiga minit sebelum wisel penamat untuk mencatatkan kemenangan 2-1 atas Swansea.



Dua puluh tahun lalu, Gary Pallister - pemain pertahanan, menjaringkan gol pertama dalam perlawanan terakhir musim pertama dimana Sir Alex Ferguson merangkul kejuaraan BPL pertamanya.

Kini, Ferdinand telah mengulanginya untuk mendorong kemenangan anak buah Ferguson - jaringan gol pertamanya sejak 2008.
Tambahan pula, ia merupakan penjaring gol ke 20 United dalam kemenangan kejuaraan ke 20 mereka.


Wayne Rooney tidak disenaraikan dalam pasukan utama ataupun bangku simpanan setelah ia dilaporkan bahawa beliau telah minta untuk diletakkan dalam senarai perpindahan beberapa minggu lalu.
Pengganti Rooney, Javier Hernandez menyepak masuk gol ke 17 musim ini dari hantaran percuma Robin van Persie.

Walaubagaimanapun Swansea enggan menyerah diri dan menyamakan kedudukan hanya 10 minit kemudian hasil sepakan Michu dari hantaran Nathan Dyer - jaringan gol ke 21 musim ini bagi penyerang Sepanyol itu.

Pablo Hernandez kemudian menguji penjaga gol David de Gea dengan rembatan deras sementara Wayne Routledge melepasi Ferdinand tetapi percubaannya tersasar.

Anderson, Valencia dan Ryan Giggs digantikan masuk lewat dalam babak kedua dan pasukan Red Devils akhirnya mendapat gol kemenangan pada minit ke 87 apabila Ferdinand merembat masuk bola dengan baik.



0 comments:

Post a Comment