Fakta-Fakta Penting yang Perlu diketahui :
1. Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.
2. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, ia mampu mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
3. Jika anda berhenti merokok melebihi 10 tahun, tiada risiko mendapat kanser mulut.
4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.
Apa Keburukan Merokok?
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi.Antaranya ialah :
Gigi berkarat (staining).
Nafas berbau (halitosis).
Penyakit gusi (periodontium).
Kanser mulut.
Kanser paru-paru.
Tekanan darah tinggi.
Strok.
Penyakit jantung.
Mati pucuk.
Perhatian : Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.
Cara Membuang Tabiat Merokok:
Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.
Petua Berhenti Merokok :
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
2.Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang “anda boleh membuang tabiat merokok”.
3. Dapatkan sokongan.
4. Atasi keinginan/gian untuk merokok seperti berikut :
Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
Lakukan senaman
Mandi dengan lebih kerap
Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy)
0 comments:
Post a Comment