Saiful Bukhari akan melangsungkan perkahwinan 25 Mei ini dengan wartawan TV3, Nik Suryani Megat Deraman. Mereka berkenalan selepas perbicaraan kes Liwat II, apabila Saiful ‘mengejas’ dan menegur Nik Suryani di sebuah restoran seperti dilaporkan media.
Sebelum ini Nik Suryani bertugas di meja jenayah dan politik 8TV, pernah disergah akhbar wartawan Sarawak kerana bertanya jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental Kuching, sedangkan ketika itu sidang media berkaitan dengan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Nik Suryani dikatakan orang Padang Midin, Kuala Terengganu dan gambar di atas adalah gambar pertunangan mereka pada 20 Oktober lalu.
0 comments:
Post a Comment