22 May 2013

SANTAI DUNIA :: BAYI 19 BULAN MINUM 6 UBAT VIAGRA SETIAP HARI



Kasihan, Bayi 19 bulan ini penggunaan 6 Butir ubat Viagra setiap hari. Ubat viagra biasa digunakan oleh orang dewasa untuk merawat kejantanan, namun percaya atau tidak, di UK ubat viagra ternyata juga digunakan oleh bayi perempuan berusia 19 bulan. 

Pemakaian dos viagra ini tentu mempunyai tujuan yang berbeza. Cerys Small, bayi kelahiran Newport, South Wales, ini harus mengambil ubat viagra sebanyak 6 tablet setiap hari. Hal ini dilakukan agar Cerys bertahan hidup akibat penyakit jantung yang dibawa sejak lahir. 

Doktor mendapati kelainan pada organ jantung Cerys saat dirinya masih berada dalam kandungan ibunya, Kerrie Small. Mereka pun meramalkan bahawa kemungkinan bayi dilahirkan dengan selamat hanya 50 peratus. 

Ketika lahir, Kerrie harus menjalani pembedahan jantung sebanyak tiga kali. Namun begitu ia diberi Viagra, penyakit jantung bawaan sejak lahir yang dialami Cerys perlahan-lahan reda. Bahkan meningkatkan peredaran aliran darah sehingga wajah Cerys yang sebelumnya biru kini mula kelihatan cerah. 

Kini keadaan bayi yang juga dilahirkan dengan masalah di usus dan perut itu benar-benar mengagumkan. Sekurang-kurangnya ia sudah mula belajar berjalan sejak dua bulan yang lalu. Ia pun mula belajar bercakap setelah selang makanan yang dipasang di hidung dan tekaknya dilepas. Bahkan Cerys sudah boleh mengucapkan kata-kata 'I want to talk'


"Sangat seronok kerana orang-orang tidak memandang dia pelik lagi. Dia boleh bercakap dan ingin makan sendiri," kata Kerrie. "Dia benar-benar mengagumkan mengingat apa yang doktor pernah katakan kepada kami. Ketika saya hamil, prognosisnya sangat menyeramkan. 

Kami bahkan tidak pernah menyangka dia boleh tinggal bersama kami hingga saat ini." Cerys merupakan anak bongsu pasangan Kerrie dan Gareth. dia mempunyai 1 abang dan 1 kakak iaitu Evan serta Megan. Meski kini keadaannya semakin pulih dengan Viagra, Cerys tetap harus menjalani beberapa pembedahan lagi. 

Kerrie mendedahkan pembedahan tersebut akan dilakukan ketika anaknya berusia antara tiga hingga lima tahun. Namun yang pasti untuk ketika ini, Cerys menunjukkan perkembangan fizikal yang mengagumkan.

0 comments:

Post a Comment