6 May 2013

SANTAI COOL :: KECANGGIHAN KAWASAKI Z800 2013



Kawasaki Malaysia telah melancarkan dua buah model motosikal berkuasa tinggi yang baharu iaitu versi 2013 di pasaran tempatan.Motosikal tersebuat antaranya sebuah model sportbike Ninja 250R 2013 dan model Naked Z800 2013,kedua-duanya merupakan versi pemasangan tempatan [CKD].Selain Ninja 250R 2013 yang menarik perhatian ramai kerana reka bentuknya yang diinspirasikan daripada model berkuasa lebih tinggi dan berpatutan dengan harganya yang kompetetif,Z800 2013 turut mendatangkan perasaan teruja peminat motosikal di Malaysia apabila ditawarkan pada harga runcit kompetetif RM47,989.00 [Non-OTR].

Kawasaki Z800 merupakan generasi baharu selepas model popular Kawasaki Z750 dengan perubahan kapasiti cc enjin yang kini bertambah sebanyak 50cc.Ia dilengkapi enjin 4-silinder 806cc dengan hamburan kuasa maksimum 113PS/HP@10,200rpm dan tork maksimum setinggi 83Nm@8,000rpm,seterusnya digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan.Bertambah menarik dengan rekaan badanya dan tempat duduknya yang sangat empuk.Berikut beberapa keping lagi gambar-gambar menarik Kawasaki Z800 2013.


Ilustrasi Kawasaki Z800 custom, tersangat awesome!!

Sumber : wakmizie.

0 comments:

Post a Comment