Kalau si adik, Nelydia Senrose dikaitkan mempunyai hubungan percintaan dengan Qi Razali, kini timbul khabar angin menyatakan yang si kakak, Uqasha Senrose sedang bercinta dengan Pekin Ibrahim. Perkhabaran ini dikuatkan lagi apabila Pekin meng”upload” gambar Uqasha dengan caption berbunyi “I miss her so much” di Instagram.
Pekin Ibrahim juga telah pergi bercuti bersama-sama keluarga Uqasha Senrose di Phuket baru-baru ini. Menerusi salah satu gambar yang diupload di Instagram, dilihat Pekin dan Uqasha sedang berjalan sambil berpegang tangan. Romantik habis!!!
Turut sama di dalam percutian ini ialah Qi Razali. Adakah ini percutian bakal-bakal menantu dengan tujuan untuk mengenali ibu/ayah mertua dengan lebih rapat? Fuh ~~
Kalau betul mereka bercinta, itu sudah tentu satu khabar yang sangat menggembirakan peminat-peminat Pekin dan Uqasha. Mereka berdua memang bak pinang dibelah dua. Semoga percintaan ini akan menjadi satu kenyataan dan akan dibawa ke fasa seterusnya.
0 comments:
Post a Comment