Tiga beradik ditahan selepas pihak berkuasa menemui rangka ibu mereka di rumah didiami pasangan terbabit, semalam.
Menurut pihak berkuasa, pasangan adik-beradik itu mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan atas kematian ibu mereka.
Sumber berkata, wanita terbabit sudah meninggal dunia selama tiga tahun.
“Mayat wanita itu disimpan anak-anaknya kerana mereka percaya si mati bertukar menjadi tuhan,” katanya. Ekoran penemuan rangka itu, pihak berkuasa menahan dan mendakwa seorang lelaki berusia 65, dua wanita berusia 59 dan 52 tahun kerana bersubahat mengabaikan mayat.
Sumber polis berkata, adik-beradik itu ditahan di rumah mereka di Usa di wilayah Oita.
Terdahulu, pihak berkuasa melawat rumah mereka bagi menyiasat kemungkinan ada wanita tua didera.
Sumber berkata, pada awalnya penyiasat tidak dibenarkan masuk, malah dihalau dari situ.
“Apabila berjaya masuk, penyiasat menemui rangka wanita terbabit di atas katil,” katanya. Pegawai forensik berkata, jika wanita itu masih hidup, dia berusia 88 tahun ketika ini.
Sementara itu, jiran berkata, satu ketika dulu, keluarga terbabit dihormati penduduk setempat, tetapi menimbulkan kecurigaan apabila melakukan amalan aneh.
Keluarga itu juga enggan bercampur dengan masyarakat setempat.
11 Mar 2013
- In: FAKTA LUAR BIASA
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
0 comments:
Post a Comment