8 Oct 2012

Serombong 11,000 Tan Diletupkan



BOXBERG, Jerman - Sebuah serombong asap diruntuhkan di Pusat Tenaga Boxberg di sini dengan menggunakan sejumlah bahan letupan kelmarin.

Tinggi serombong itu ialah 300 meter dan beratnya kira-kira 11,000 tan.

Sebanyak 1,653 lubang ditebuk pada serombong tersebut untuk diisi dengan bahan letupan.

Sejumlah orang menyaksikan serombong itu diruntuhkan dalam tempoh beberapa saat.

Serombong itu dibina pada tahun 1970-an. - Agensi

0 comments:

Post a Comment