18 Oct 2012

Segan Melihat Lakonan Sendiri Berpakaian Seksi – Diana Amir




 KUALA LUMPUR : Diana Amir mengakui dia segan untuk hadir pada majlis tayangan prebiu filem Pe3 kerana tidak sanggup melihat dirinya mengenakan pakaian seksi sebelum bertudung.

Terbaru filem Pe3 menyaksikan Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, menggayakan gaun pendek dan beraksi intim dengan pelakon lelaki seperti Farid Kamil dan Kamal Adli.

Namun, dia bersyukur kerana banyak pihak yang memahami situasinya ketika dia masih belum berhijab termasuk tunangnya, Mohd Habib Bullah A. Rahman.

“Alhamdulilah, tunang saya memang sangat memahami dan dia seorang yang berfikiran ke hadapan dan kerana itu jugalah dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mengenai lakonan saya sebelum berhijrah.

“Saya juga bersyukur kerana ramai pihak yang memahami dan memberi semangat kepada saya terutama sekali David Teo dan Farid Kamil,” katanya ketika dipetik melalui Murai.com, di sini, hari ini.

Farid Kamil yang juga pengarah filem Pe3 terdahulu sudah pun meminta maaf kepada Diana Amir di atas filem yang dilakonakannya itu kerana terpaksa menayangkannya selepas dia berhijrah.

Malah, dia juga memberi kelonggaran pada Diana yang tidak hadir pada majlis tayangan filem itu. –

0 comments:

Post a Comment