16 Oct 2012

Isyarat Lucah – Pemberita Rusia Dipecat



Seorang penyampai berita televisyen di Rusia yang menunjukan isyarat lucah apabila menyebut nama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ketika berita bersiaran secara langsung telah dipecat.
Tatyana Limanova pada waktu itu sedang membaca satu segmen mengenai persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik apabila dia membuat isyarat lucah itu – sebaik sahaja dia menyebut nama Obama.


Dia melihat ke bawah ketika bercakap tentang bagaimana Presiden Dmitry Medvedev akan bakal menjadi ketua persidangan sebagai sebahagian daripada putaran jawatan Pengerusi.
Tetapi ketika dia membaca yang jawatan itu dahulunya disandang oleh Obama, dengan jelasnya dia menaikkan tangannya – dan kemudian jari hantunya.
Hari ini, REN TV, yang dikawal oleh sekumpulan sekutu rapat Perdana Menteri Vladimir Putin dan disiarkan kepada kira-kira 120 juta orang di Rusia, menyifatkan tingkah lakunya sebagai ‘tidak profesional’ dan ‘tidak boleh diterima’.
“Pada 14 November semasa rancangan Berita 24 penyampai berita Limanova telah melakukan satu tindakan yang tidak boleh diterima yang sinonim untuk ungkapan kesat.
“Ia tidak mempunyai subteks dan tidak berkaitan dengan berita yang Limanova baca pada ketika itu.
“Satu keputusan telah diambil iaitu Limanova tidak boleh dan tidak akan terus bekerja di saluran REN TV sebagai penyampai berita,” kata satu kenyataan.

Sumber berkata Limanova, ibu kepada seorang anak yang berkahwin dengan seorang jurukamera, mempertahankan yang dia tidak bersalah, mengatakan dia sangka kamera ditutup pada ketika itu.
Namun nampaknya ia tidak dapat menyelamatkan wartawan yang pernah memenangi anugerah itu daripada dibuang kerja.

0 comments:

Post a Comment