PELAKON yang mula dengan dikenali melalui filem "Mendam Berahi" dan juga "Black Maria", Dato' Eizlan Yusof kini melangkah setapak lagi kehadapan apabila mula berjinak-jinak dalam dunia pengarahan drama.
Mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Saphire Screen Sdn Bhd, drama pertama yang diarahkan Eizlan Yusof adalah drama bertajuk "5 Bujang" yang bakal bersiaran di saluran RTM.
Menjadi pengarah merupakan impian Eizlan Yusof kerana sebelum ini beliau hanya menjadi penulis skrip untuk drama dan filem sahaja namun demi minatnya yang mendalam terhadap filem dan gemar mencuba sesuatu yang baru, Eizlan Yusof bersyukur diberikan ruang dan peluang untuk menjadi pengarah.
"Ini adalah bidang terbaru saya sebagai pengarah selain daripada perniagaan batu arang yang kini telah berusia 6 tahun yang beroperasi di Kalimantan, Indonesia.
"Saya memang teruja bergelar pengarah kerana setelah sekian lama bekerja di hadapan kamera, inilah peluang saya untuk melontarkan ayat "Cut" dan "Action" ketika di set," ujar Dato Eizlan yang ditemui pada lawatan ke lokasi penggambaran filem "Balun", Taiping, baru – baru ini.
Walaupun sibuk dengan aktiviti pengarahan, bidang lakonan tetap menjadi keutamaan Eizlan Yusof dimana beliau sangat teruja apabila dapat memegang watak yang diidamkan sejak sekian lama dalam filem terbarunya "Balun".
Memegang watak antagonis sebagai Shaid Blond, Eizlan Yusof turut berkongsi minatnya terhadap seni mempertahankan diri.
"Dengan pengalaman seni pertahankan diri yang dimiliki semenjak 12 tahun yang lalu, ini merupakan antara watak idaman saya sejak menceburi bidang lakonan ini.
"Jika anda dapat lihat, sebelum ini kebanyakkan watak yang diberikan adalah dari sisi baik saya dan orang tidak pernah melihat Eizlan berlakon watak jahat. Di dalam filem ini, saya merupakan seorang ahli gangster yang digeruni di kampung."
Filem "Balun" yang telah menjalani penggambaran bermula pada 1 September yang lalu merupakan filem pertama Eizlan Yusof memegang watak antagonis.
Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Dato' Eizlan adalah terpaksa menahan perut dari memakan nasi lebih kurang dua bulan untuk mengembalikan stamina.
"Saya bukan muda, biasalah, apabila berlakon di dalam filem aksi ini, saya perlu berlari dan berlawan. Dengan usia yang sebegini tidak mustahil saya boleh pancit tengah jalan.
"Disebabkan itu, saya mengambil inisiatif untuk tidak memakan nasi dan hanya mengambil makanan serat untuk kekal stamina sehingga tamat penggambaran kelak.
Ujar pelakon yang berusia 41 tahun ini, dia turut berasa teruja apabila digandingkan dengan dua orang muka baru di dalam industri iaitu Beto Kusyairy dan juga Izara Aishah.
Filem "Balun" ini diterbitkan oleh Elements Pictures (M) Sdn Bhd.

0 comments:
Post a Comment