1 Sept 2012

Lamborghini Reventon Versi China!!!




SUQIAN - Ekoran tidak mampu membeli sebuah Lamborghini Reventon berharga sekitar AS$1.6 juta (RM4.9 juta), seorang petani di China bertindak mereka sendiri kereta sport berkenaan.

Petani tersebut, Wang Jian mereka kereta itu daripada beberapa bahagian badan dua kereta terpakai jenama Nissan dan Santana.

Dia yang menetap di sini, pernah bekerja di sebuah bengkel kenderaan selama lebih 10 tahun.

Media China melaporkan replika Lamborghini Reventon itu menelan kos 60,000 yuan (RM29,526) untuk dibina.

Kereta sport buatan sendiri itu boleh mencapai kelajuan 256 kilometer/sejam. - Reuters

0 comments:

Post a Comment