13 Aug 2012

Wanita keluar air mani lelaki???

“Buah zakar pula dimasukkan ke bahagian dalam. Melalui teknologi moden menggunakan kaedah ‘kikis’ (laser), sukar melihat kesan jahitan selepas pembedahan, sekali gus payah membezakannya dengan yang asli,” katanya.

Nell berkata, perbezaan yang boleh dilihat hanya alat sulit mak nyah yang melakukan pembedahan “berada atas sedikit” berbanding kedudukan sebenar.


Bagaimanapun, katanya, satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah ialah alat kelamin ‘baru’ berkenaan tetap mengeluarkan “air mani”  apabila mencapai klimaks.


Sementara itu, seorang pakar sakit puan yang enggan dikenali berkata, nikmat ketika mengadakan hubungan seks bagi lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina tidak menyamai apa dirasakan wanita sejati kerana faraj dan pangkal rahim wanita sangat sensitif pada sentuhan.


Suami dakwa isteri seorang lelaki

BAHROM yang curiga dengan status isteri, Sri Wani bawa kes ke mahkamah syariah.

KUALA LUMPUR - Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.

Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.

Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.

Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.

Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.

Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.

Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.


BAHROM yang curiga dengan status isteri (setelah air mani berganda setiap kali bersetubuh), Sri Wani bawa kes ke mahkamah syariah. 

0 comments:

Post a Comment