28 Aug 2012

Ini lah Kuih Bulan 'Angry Bird' Pertama Di Dunia



SINGAPURA - Francais permainan Angry Bird yang terkenal di seluruh dunia kini mempunyai produk baru yang ditampilkan oleh Fairmont Singapore iaitu Kuih Bulan Angry Bird.

Kuih bulan yang direka unik ini datang dalam empat perisa istimewa iaitu karamel truffle masin, anggur pop dengan Ganache strawberi, koko pop, dan pandan dengan kacang macadamia.

Diskaun 15 peratus turut diberikan untuk 1000 pembelian pertama kuih bulan itu. Setiap kotak yang dibeli juga melayakkan anda untuk membeli miniatur mewah Angry Bird yang berskala 5 inci dengan harga SGD 10.00(RM25.00). Terdapat enam rekabentuk yang boleh didapati untuk dijadikan koleksi peribadi.

Terdapat 8,000 kotak edisi terhad Kuih Bulan Angry Bird ini yang akan ditawarkan mulai sekarang hingga 30 September. Para pembeli Kuih Bulan 'Angry Bird' boleh mendapatkan koleksi watak yang direka seperti dalam permainan Angry Bird Space dipasaran.

0 comments:

Post a Comment