Bagaimana pula dengan kemaluan seseorang?
Seorang lelaki di China melalaui nasib amat malang apabila zakarnya dicuri ketika sedang tidur.
Fei Lin, 41, seorang penduduk Niqiao, kampung di wilayah Zhejiang China, sedang nyenyak tidur apabila pencuri memecah masuk ke biliknya.
“Mereka meletakkan sesuatu di atas kepala saya dan menarik seluar saya, dan kemudian mereka melarikan diri,” kata Lin. “Saya begitu terkejut, saya tidak berasa sesuatu. Kemudian saya melihat diri saya berdarah, dan zakar saya telah hilang. “
Polis tempatan percaya bahawa penyerangnya mungkin lelaki lain yang cemburu kerana Lin mempunyai hubungan dengan wanita tertentu.
Walau bagaimanapun, Lin berkata bahawa dia tidak mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Polis telah cuba mencari bahagian yang hilang itu, tetapi tidak berhasil. Malah pencuri terbabit sudah tidak dapat dikesan, tetapi polis berkata mereka masih berterusan memburu.
0 comments:
Post a Comment