9 Aug 2012

'Balak Ajaib' Jadi Tumpuan Kaki Ekor Di Kemboja?


SEBATANG balak yang telah ditebang menjadi tumpuan di daerah Pursat, Kemboja. Balak sepanjang 13 meter itu tidak putus dikunjungi 'tetamu' sejak dua hari lalu.


“Mereka mempercayai balak tersebut mempunyai kuasa sakti,” ketua kampung, Hun Nov berkata. “Lebih 100 orang datang setiap hari untuk mendapatkan nombor ekor dan mengubati penyakit mereka. Malah ada yang datang dengan menghidangkan kepala babi dan ayam rebus sambil mengharapkan tuah”.

Balak tersebut menjadi tumpuan selepas berita seorang penduduk kampung memenangi loteri selepas menyentuh pokok tersebut.

Rakyat Kemboja yang kebanyakannya masih mempercayai perkara khurafat dan animisme, percaya tiada apa yang salah jika mereka bergantung nasib kepada amalan sebegitu.

Ada juga yang meminum air kolam yang berada sekitar balak tersebut sambil mengharapkan penyakit yang dideritai akan sembuh

0 comments:

Post a Comment