EMPATLAWANG – Agensi Pengurusan Kewangan dan Aset Daerah (DPPKAD) Empatlawang di sini, Sumatera Selatan, Indonesia, memecat seorang pekerja wanitanya selepas gambar bogelnya disiarkan media, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis cantik itu dipecat setelah pihak atasan mendapat tahu dia bergambar bogel bersama rakannya di tandas pejabat.
Ketua DPPKAD, Amin Daoed dalam kenyataannya kelmarin, mengakui bahawa wanita tersebut adalah orang bawahannya.
“Memang benar gadis itu pekerja sukarela kami, tetapi dia sudah kami berhentikan pada Selasa lepas selepas perbuatannya terbongkar,” kata Amin.
Beliau turut kecewa kerana penyebaran gambar itu telah mencemarkan nama Daerah Empatlawang.
Gambar bogel kedua-dua gadis itu menjadi perbualan hangat di kalangan kakitangan pejabat daerah itu sebelum ini.
Dua gadis itu mengakui bahawa gambar-gambar tersebut adalah asli.
Namun, kata mereka, gambar itu dirakamkan untuk tujuan simpanan peribadi tetapi ada individu yang mencuri fail dalam telefon bimbit yang merakamkan gambar tersebut sebelum menyebarkannya.
0 comments:
Post a Comment