4 Apr 2012

Kerana skirt pendek jadi jutawan muda

Sebuah universiti di Brazil diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada seorang mahasiswi yang dikeluarkan kerana mengikuti kuliah dengan mengenakan baju yang dianggap terlalu pendek oleh pihak universiti.

Namun, Geisy Arruda kemudian dibolehkan belajar kembali di Universiti Bandeirante di Sao Paolo itu setelah masyarakat marah atas keputusan itu.

Kes ini menjadai perdebatan di Brazil mengenai kebebasan individu dan moral orang awam.

Hakim yang memutuskan kes ini mengatakan wang ganti rugi itu cukup untuk mengganti kerugian yang dideritai Arruda . Universiti Bandeirante tempat Arruda belajar merupakan universit swasta di pinggir kota Sao Paolo.


Geisy Arruda, 21 tahun, mendapat cemuhan dan hinaan dari mahasiswa lain bulan Oktober lalu ketika dia mengenakan baju berwarna merah yang sangat pendek ke ruang kuliah.

Universiti kemudian mengeluarkannya dengan alasan dianggap mengganggu ketenangan di kelas kerana “tidak menghormati prinsip etika, martabat akademik dan moral”.

Tetapi pihak universiti kemudian mengubah keputusan itu kerana kes ini  menimbulkan kemarahan masyarakat dan tekanan dari kementerian pendidikan, yang menuduh universiti bersikap “sama sekali tidak toleran dan mendiskriminasi”.

Arruda mengatakan saat itu dia merasa malu  kerana dikeluarkan dari sekolah.

Kes ini membuat dia menjadi seorang selebriti  di Brazil.

Dalam persidangan akhbar pihak universiti mengatakan Arruda dengan sengaja menimbulkan kontroversi agar dia menjadi terkenal.

0 comments:

Post a Comment