Semenjak putus kasih dengan pelakon Hairul Azreen, Faralyna Idris kini dikatakan sudah menemui pengganti.
Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagram miliknya, pelakon drama Asmara ini telah memuatkan beberapa keping gambarnya bersama seorang pemuda.
Difahamkan gambar-gambar tersebut dirakam ketika mereka bercuti di Pulau Tioman, Pahang, baru-baru ini. Bukan hanya berdua, percutian Faralyna dan jejaka misteri itu nampaknya turut disertai beberapa lagi rakan mereka
Salah satu gambar tersebut di manaa Faralyna dilihat sedang memaut mesra bahu seorang jejaka dengan caption tertulis : Hari ke 274. Well spent. #fa #27

Sumber
0 comments:
Post a Comment