8 Jun 2013

SANTAI INFO :: 5 ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA 2013


Menurut Majalah Niaga dot com 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senarai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion



Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion



Datuk Mokhzani Mahathir, anak kedua Tun Mahathir Mohamad adalah yang ketiga Melayu terkaya yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum. Merupakan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana dan orang ke-15 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 980 juta.

Juga orang Kedah… ramai benar orang Kedah kaya raya!


Tan Sri Azman Hashim adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan orang ke-17 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 810 juta.


Datuk Kamarudin Meranun adalah orang Melayu kelima terkaya di Malaysia merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia. Adalah rakan kongsi kepada Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001. Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 635 juta.

Read more…

SANTAI COOL :: 'ARCHIPELAGO CINEMA' PANGGUNG WAYANG TERAPUNG THAILAND

Sekarang ini adalah bagaimana sepatutnya menonton filem perlu dilakukan. Pemandangan Ini benar-benar menakjubkan dan terletak di pantai berbatu Yao Noi, Thailand. Cinema Archipelago adalah sebahagian daripada acara yang direka oleh Ole Scheeren dan dianjurkan oleh 'Film on the Rocks Yao Noi', yang berlangsung dari 9-13 Mac 2012.








Read more…

SANTAI GADJET :: TELEFON TERKECIL 2013

Berat Phone Strap 2 WX06A hanya 32gram

Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh syarikat pengusaha elektronik dari Jepun. 


 

Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, Phone Strap 2 WX06A. Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil dan paling ringan di dunia.

Dilihat dari namanya, telefon ini adalah generasi kedua dari telefon Phone Strap. Ia memiliki dimensi yang kecil, dengan lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter. Beratnya pula sekitar 32 gram. 

 

Namun telefon ini bukanlah telefon pintar, ia hanya mempunyai fungsi asas telefon bimbit. Skrinnya hanya berukuran satu inci dan bateri yang mampu bertahan untuk masa bercakap selama dua jam dan 12 hari waktu sedia.

JOM TENGOK VIDEO PULAK . . .

Read more…